suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skuad Garuda Hanya Berlatih 70 Minit Untuk Tewaskan Malaysia

SOLO: Kemenangan 3-0 Indonesia ke atas Malaysia pada aksi persahabatan Selasa lalu ternyata sangat bermakna kepada skuad Garuda itu apatah lagi perlawanan itu merupakan yang pertama selepas menjalani penggantungan selama hampir setahun.

Pastinya ramai peminat sukan tanah air cuba berfikiran positif terhadap keputusan mengecewakan itu dengan memberi alasan skuad Garuda memiliki banyak masa untuk berlatih bersama susulan digantung oleh badan bola sepak dunia, Fifa.

Namun sebaliknya yang berlaku apabila jurulatih Indonesia, Alfred Riedl mendedahkan dia hanya memiliki masa 70 minit sahaja untuk melatih anak buahnya.

Menurut Rield kepada Metronews.com, dia tiba di Solo pada 4 September dan melakukan latihan selama 30 minit sahaja kerana tidak mahu pemainnya terlalu keletihan disebabkan baru terlibat dalam liga domestik.

"Keesokkan harinya, kami menjalani latihan kira-kira 40 minit lagi dan secara keseluruhannya, kami hanya memiliki masa 70 minit untuk melakukan persiapan bertemu Malaysia.

"Tetapi tempoh yang singkat itu bukan penghalang buat kami mencatat hasil yang menakjubkan pada perlawanan itu," katanya kepada media selepas tamat perlawanan.

Perkara itu turut diakui sendiri oleh kapten pasukan Indonesia, Boaz Solossa yang menyumbang dua gol.

"Walaupun kami berlatih dalam tempoh 70 minit, tetapi kami banyak berkomunikasi.

"Saya berulang kali mengingatkan rakan sepasukan agar mengenepikan sentimen senior dalam pasukan, sebaliknya perlu saling berkomunikasi," katanya.

Harimau Malaysia, Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Lain