suria

Euro B-21: Rashford Cipta Hatrik, Bantu England Benam Norway

Rashford mencipta hatrik ketika England menundukkan Norway 6-1.

MARCUS Rashford mencipta hatrik dalam penampilannya bersama skuad England Bawah 21 tahun (B-21) ketika pasukan itu menundukkan Norway 6-1 pada aksi kelayakan Euro B21.

Pemain berusia 18 tahun itu membuka jaringan awal menerusi rembatan kencang dari jarak 16 meter sebelum menambah gol kedua pada minit ke-65 dan gol ketiga dilengkapkan menerusi sepakan penalti.

Nathaniel Chalobah, Reuben Loftus-Cheek dan Lewis Baker turut menjaringkan masing-masing satu gol/

Kemenangan besar itu membolehkan anak buah Gareth Southgate itu mendahului Kumpulan I dengan kelebihan dua mata di depan Switzerland.

Norway pula menduduki tempat ketiga.

Juara setiap kumpulan akan mara ke kejohanan Euro B-21 di Poland pada tahun depan manakala pasukan yang menamatkan kempen peringkat kumpulan di tempat kedua terpaksa beraksi pada pusingan play off.

"Ia adalah aksi pertama yang baik dan saya fikir Norway turut beraksi dengan cemerlang walaupun mereka tewas.

"Ia juga adalah penalti pertama yang saya jaringkan sejak saya menjadi pemain profesional. Jadi ia merupakan gol kegemaran saya," katanya.


Marcus Rashford, England B-21

Artikel Berikut

Artikel Lain