suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Portugal Tewas Mengejut Di Tangan Switzerland

Pemain Switzerland meraikan kejayaan mereka.

JUARA Euro 2016 dikejutkan dengan kekalahan 0-2 di tangan Switzerland pada aksi kelayakan pertama Kumpulan B Piala Dunia yang berlangsung awal pagi Rabu.

Dua gol Switzerland dijaringkan Breel Embolo dan Admir Mehmedi pada babak pertama.

Meskipun Portugal lebih banyak mengawal bola sepanjang perlawanan itu, mereka tetap gagal memecah kebuntuan berikutan ketiadaan pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo dan Renato Sanches.

Ronaldo terpaksa diketepikan kerana masih bergelut dengan kecederaan yang dialami sejak Julai lalu.

Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka diperintah keluar padang selepas dilihat mengasari bekas pemain sayap Manchester United, Nani.

Xhaka kini menerima kad merah ketujuhnya sejak April 2014.

Dia menyertai Arsenal dari Borussia Monchengladbach dengan nilai perpindahan sebanyak 35 juta pound pada musim panas dan beraksi dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Sementara itu, dalam perlawanan berasingan, Perancis turut bermula perlahan apabila sekadar seri 0-0 dengan Belarus dalam aksi kelayakan Kumpulan A.

Artikel Berikut

Keputusan Kelayakan Piala Dunia

Artikel Lain