suria

Terbuka AS: Murray Mahu Ulangi Kemenangan Ketika Jumpa Nishikori

ANDY Murray kini berharap mahu melebarkan rekod kemenangan ke atas pemain pilihan keenam Kei Nishikori apabila kedua-duanya bertembung pada aksi suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Murray yang juga pemain pilihan kedua memenangi tujuh daripada lapan pertembungan sesama mereka dengan yang terbaharu pada Sukan Olimpik Rio bulan lalu.

Kedua-duanya akan bertemu di Stadium Arthur Ashe Stadium pada Rabu.

"Saya bermain dengan bagus ketika menentangnya pada masa lalu tetapi dia amat menyukai keadaan sebegini.

"Saya menyedari saya perlu mengekalkan aksi konsisten jika mahu menewaskannya kerana dia antara salah seorang pemain terbaik di dunia," kata Murray.

Juara pada pertembungan itu akan bertemu sama ada Juan Martin Del Potro dari Argentina atau Stan Wawrinka yang akan bertemu pada Khamis.

Artikel Sebelum

Artikel Lain