suria

Ranieri Mahukan Macia

Eduardo Macia

CLAUDIO Ranieri menggesa Leicester melantik bekas pencari bakat Liverpool, Eduardo Macia sebagai stafnya.

Macia dari Sepanyol bakal menggantikan Steve Walsh yang akan berhijrah ke Everton sebagai pengarah sukan kelab berkenaan.

Macia, 42, merupakan individu bertanggungjawab membawa  Fernando Torres , Javier Mascherano dan Raheem Sterling ke Liverpool.

Menariknya, pencari bakat berpengalaman itu dijangka dilantik ke jawatan tersebut sebelum Walsh meninggalkan Leicester.

Ranieri merupakan rakan baik Macia dan mereka pernah bekerjasama ketika mencapai kejayaan di Valencia.

Macia dibebaskan oleh Real Betis pada April tahun lalu selepas setahun menandatangani kontrak empat tahun.

Kumpulan pencari bakat Leicester juga antara yang terbaik apabila dapat membawa pemain seperti  Riyad Mahrez dan N’Golo Kante kepada kelab tersebut. - Daily Mirror

Artikel Berikut

Artikel Lain