suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mcilroy akhiri kemarau trofi PGA

BOSTON: Bintang golf Ireland Utara, Rory Mcilroy mengakhir kemarau trofi dalam Kejohanan PGA apabila memenangi Kejuaraan Deutsche Bank di sini pada Selasa, sekali gus menjadi kemenangan pertama dalam tempoh 16 bulan.

Pemain berusia 27 tahun itu memulakan saingan pada hari terakhir kejohanan dengan ketinggalan enam pukulan di belakang pemain England, Paul Casey.

Namun Mcilroy mencatat tujuh birdie dengan catatan keseluruhan 15 di bawah par untuk mengatasi Casey yang menamatkan saingan dengan keputusan 13 di bawah par.

Casey memiliki peluang untuk mengheret Mcilroy ke pusingan play-off pada lubang terakhir menerusi eagle putt, tetapi dia gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Bagi Mcilroy, kemenangan itu sangat bermakna memandangkan dia baru menukar putter dan melantik jurulatih baharu bagi memperkemaskan permainannya.

"Saya bermain dengan cemerlang pada kejohanan hari ini dengan melakukan putting yang baik.

"Saya berharap rentak kemenangan ini dapat dikekalkan untuk beberapa minggu lagi terumatanya pada kejohanan Ryder Cup," katanya kepada Sky Sport.

Mcilroy meraih hadiah kemenangan sebanyak AS$1.5 juta (RM6 juta) selain melonjakkan kedudukan ke tangga keempat daripada senarai ke-34 dalam kejuaraan Piala FedEx.


Golf, Rory Mcilroy, PGA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain