suria

Griezmann Tinggalkan Atletico Madrid Jika Simeone Tiada

ANTOINE Griezmann mengakui akan meninggalkan Atletico Madrid sekiranya ketua jurulatih kelab itu, Diego Simeone tidak lagi bersama pasukan berkenaan.

Penyerang Perancis itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United selain turut diminati Paris Saint-Germain (PSG) yang menawarkan kontrak jangka panjang.

"Apa yang dibimbangi ialah jika Simeone berhijrah ke PSG atau mana-mana kelab lain.

"Saya sempat menghubunginya sebelum melanjutkan kontrak dan dia memberitahu akan kekal di kelab tersebut.

"Saya banyak belajar di bawahnya. PSG bukan sasaran saya setakat ini. Saya gembira di Sepanyol. Saya bangga menjadi terkenal bersama penyokong di sana.

"Saya akan terus melakukan yang terbaik jika mereka suka, itu lebih naik," katanya kepada saluran televisyen Perancis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Romelu Lukaku Tolak Juventus

Artikel Lain