suria

Romelu Lukaku Tolak Juventus

Romelu Lukaku.

PENYERANG Everton, Romelu Lukaku mendakwa beliau menolak peluang untuk menyertai Juventus.

Pemain skuad kebangsaan Belgium itu diminta untuk meninggalkan Everton pada akhir musim lepas tetapi tamatnya tingkap perpindahan menyaksikan Lukaku masih di Goodison Park.

Bercakap kepada akhbar Belgium, Het Nieuewsblad, Lukaku berkata, ketika ini bukan masa yang sesuai untuk berhijrah untuk menyertai liga Serie A Itali.

"Adalah rasa sedikit terkiklan (tidak menyertai persaingan Eropah), tetapi saya merupakan seorang yang percaya bahawa semua yang berlaku mempunyai sebabnya," kata pemain berusia 23 tahun itu.

"Jika tidak, saya akan pergi ke Juventus berbanding berada di Everton. Tetapi saya memilih Everton kerana ia terlalu awal untuk ke Itali dan saya tidak melakukan yang tidak bagus di sini," tambahnya.

Lukaku menjaringkan 25 gol untuk Everton pada musim lepas. - skysports

Romelu Lukaku

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain