Eain Yow, Pemain Malaysia Kedua Dinobatkan Juara Skuasy Remaja Dunia - Sukan | mStar

Eain Yow, Pemain Malaysia Kedua Dinobatkan Juara Skuasy Remaja Dunia

Ng Eain Yow.

KUALA LUMPUR: Pemain ranking 144 dunia, Ng Eain Yow menjadi pemain Malaysia kedua menjulang gelaran juara Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2016 selepas memenangi kejohanan yang berlangsung di Bielsko-Biala, Poland, lewat Khamis (awal pagi Jumaat waktu Malaysia).

Eain Yow yang merupakan pilihan kedua, memberi persembahan penuh aksi dengan membuat kejutan terhadap pemain pilihan utama, Saadeldin Abouaish dari Mesir apabila menang 11-3, 9-11, 11-7 dan 11-5 dalam pertandingan akhir kategori remaja lelaki yang berlangsung kira-kira 54 minit, menurut laman web kejohanan itu; www.wsfworldjuniors.org.

Kemenangan itu mengubat kekecewaannya selepas kalah dalam separuh akhir kepada Diego Elias dari Peru yang merangkul tempat kedua skuasy remaja dunia buat kali kedua, di Eindhoven, Netherlands tahun lepas.

Untuk rekod, bekas pemain antarabangsa Ong Beng Hee merupakan pemain Malaysia pertama memenangi gelaran Remaja Dunia itu pada 1998 dalam kejohanan yang berlangsung di Amerika Syarikat.

Eain Yow akan membawa cabaran negara dalam acara berpasukan lewat hari ini, apabila Malaysia diundi dalam Kumpulan F bersama-sama pasukan Afrika Selatan, Sepanyol dan juga Amerika Syarikat.

Terdahulu, pemain nombor lima dunia dan pilihan pertama, Nouran Gohar dari Mesir menewaskan rakan sepasukan, Rowan El Araby; 11-5, 11-6 dan 11-7, sekali gus mempertahankan gelaran kategori wanita yang dimenanginya tahun lalu di Eindhoven, Netherlands. - BERNAMA

Ng Eain Yow , juara Remaja Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain