suria

Jose Mourinho Buat Kem Latihan Man United Ceria

THE Special One kini digelar Funny One di Old Trafford, kata Jesse Lingard.

Pemain sayap tersebut berkata, gelaran itu diberikan kerana Jose Mourinho berjaya memecah kesunyian  di padang latihan dengan ketawa.

Katanya, pemain pada mulanya menjangkakan Mourinho seorang yang tegas namun jurulatih kelahiran Portugis itu ternyata seorang pelawak.

"Dia jurulatih utama dan pengurus utama. Dia membuatkan kami bekerja lebih keras.

"Dia sentiasa membuat lawak dan semua pemain akan ketawa bersama.

"Sebelum ini, saya jangkakan dia seorang yang tegas kerana dia sentiasa bekerja keras, rupanya tidak. Walaupun bekerja keras namun dia tetap pelawak untuk pemain," ujarnya.

Tindakan Mourinho itu dikatakan telah mengubah cara latihan Louis Van Gaal yang lebih serius dan membuatkan pemain tertekan. - Daily Mirror

Manchester United

Artikel Sebelum

Regu Badminton Negara Mara

Artikel Lain