suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guardiola Mahu Man City Sambar Bintang Barcelona

Ter Stegen

PEP Guardiola dilapor telah mengarahkan Manchester City untuk mendapatkan bintang Barcelona sebelum Liga Perdana Inggeris musim ini bermula.

Walaupun telah membelanjakan sebanyak  £120 juta, namun bekas jurulatih Barcelona itu dikatakan mahu dua lagi pemain baharu.

Star Sports difahamkan, Guardiola telah mengarahkan Pengarah Sukan Man City, Txiki Begiristain untuk mendapatkan penjaga gol, Ter Stegen.

Ter Stegen, 24, telah membantu Barcelona menjuarai treble pada 2014 dan bernilai £20 juta.

Penjaga gol baru itu juga diperlukan untuk membentuk persaingan sihat dengan Joe Hart.

Wujud spekulasi sebelum ini bahawa Guardiola meragui kemampuan Hart walaupun dia merupakan penjaga gol England.

Meskipun City memiliki Willy Caballero, tetapi ia tidak memberi tekanan kepada Hart untuk beraksi lebih baik.


Manchester City

Artikel Lain