suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terpulang Kepada TMJ, Exco FAM - Khairy

Khairy Jamaluddin.

DUNGUN: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tetap fokus meleraikan masalah antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, demi kepentingan sukan negara.

Berikutan itu, Khairy memilih pendekatan 'tidak mahu salah cakap' sehingga mampu menjejaskan rundingan damai yang sedang diusahakannya.

"Apa saja kenyataan yang dibuat oleh mana-mana pihak termasuk Exco FAM dan TMJ adalah terpulang kepada mereka," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian dan sayap Umno Terenganu di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail yang menolak jawatan Presiden FAM semalam tetapi bersedia mempertimbangkan tawaran sebagai Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres untuk Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

Khairy berkata, masih banyak perkara lagi yang hendak diselesaikan dengan Exco FAM, TMJ dan lain-lain walaupun beliau hanya akan memainkan peranan di belakang tabir.

Sementara itu, Khairy berkata pembinaan velodrom di Dungun dijangka dimulakan pada tahun hadapan dan siap dalam tempoh dua tahun.

"Ia telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan kita yakin ia akan dapat digunakan dalam tempoh yang ditetapkan," katanya. - Bernama

FAM

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super

Artikel Lain