suria

Chong Wei Ketuai Kontijen Malaysia Acara Pembukaan Olimpik Rio

RIO DE JANEIRO: Majlis pembukaan rasmi Sukan Olimpik 2016 di Rio berlangsung dalam suasana gilang gemilang di Stadium Maracana dengan diiringi pertunjukan bunga api dan koreografi laser.

Kira-kira 78,000 orang memenuhi stadium itu untuk menyaksikan majlis selama empat jam yang bermula dengan penyanyi Brazil Paulinho da Viola menyanyikan lagu kebangsaan negara itu.


Chong Wei mengetuai kontijen negara.

Turut menjadi tumpuan ialah perenang Amerika Syarikat, Michael Phelps dan beberapa bintang sukan ternama lain yang mengambil bahagian di temasya Sukan Olimpik pertama di Amerika Selatan itu.

Sementara itu kontijen negara, turut dilihat menyertai acara perbarisan sempena pembukaan Sukan Olimpik Rio.

Perarakan kontijen negara didahului jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei selaku pembawa bendera.

Kontinjen negara tampil bergaya mengenakan baju Melayu dan baju kurung berwarna jingga.

Olimpik Rio 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain