suria

Anak-Anak Malaysia Walk Mampu Tangani Masalah Obesiti - Kevin

Foto ihsan Instagram Kevin Zahari

KUALA LUMPUR: Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahari memuji langkah Kumpulan Media Star dalam menganjurkan Anak-Anak Malaysia Walk yang akan diadakan pada 14 Ogos ini.

Menurut Kevin program tersebut bukan sahaja dapat menyuntik semangat patriotisme dikalangan rakyat malah membantu untuk menggalakan orang ramai bersukan dan mengelak daripada obesiti.

"Pada pandangan saya, kanak-kanak Malaysia mengalami banyak masalah obesiti, jadi secara tidak langsung aktiviti seperti ini membantu dalam menangani isu kegemukkan.

"Tetapi saya harap acara Anak-Anak Malaysia Walk bukan dihadiri kanak-kanak sahaja tetapi turut disertai seisi keluarga kerana kegemukkan adalah masalah pemakanan keluarga," katanya.

Selain itu, Kevin yang baru sahaja dilantik sebagai duta iM4U menerusi ikon kesihatan berkata kanak-kanak perlu diterapkan sifat patriotisme kerana mereka bakal menjadi pelopor negara.

"Acara seperti Anak-Anak Malaysia Walk yang bakal diadakan tersebut juga dapat memberi semangat kewarganegaraan untuk kita cintakan Malaysia.

"Semangat ini amat penting terutamanya bagi kanak-kanak di Malaysia kerana mereka merupakan pelapis untuk masa akan datang," katanya.

Sementara itu, acara jalan kaki sejauh 3.4 kilometer (km) dianjurkan Kumpulan Media Star dengan kerjasama pemaju hartanah terkemuka Eco World Development Group Bhd.

Untuk menyertai larian ini, sila daftar penyertaan di http://sites.thestar.com.my/aamwalk/

Peserta 3,000 terawal akan menerima tiket sumbangan Golden Screen Cinemas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-7967 1388, sambungan 1432/1529/1243 (Isnin-Jumaat, 9 pagi -5 petang).

Kevin Zahari

Artikel Sebelum

Artikel Lain