suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Dunia: Kirthana Terlepas Peluang Pusingan Akhir Lompat Kijang

KUALA LUMPUR: Atlet negara, Kirthana Ramasamy terlepaspeluang beraksi di pusingan akhir acara lompat kijang wanita Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Bydgoszcz, Poland pada Jumaat.

Menurut laman web Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), catatan Kirthana pada 12.68 meter sekadar meletakkannya di kedudukan ke-13 keseluruhan daripada 18 peserta.

Kirthana, atlet tunggal wanita ke kejohanan itu, yang beraksi dalam saringan kedua sekadar menduduki tempat terakhir daripada sembilan peserta dan catatannya itu hanya berbeza 0.01m daripada peserta tempat ke-12 keseluruhan, Xu Ting dari China.

Hanya 12 peserta terbaik mara ke pusingan akhir yang akan diadakan pada Sabtu. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain