suria

Mercedes Sambung Kontrak Rosberg Sehingga 2018

PELUMBA Mercedes, Nico Rrosberg menandatangani kontrak baharu bersama pasukan juara dunia itu selama dua tahun.

Kontrak lama Rosberg yang kini mengetuai kedudukan teratas barisan pelumba bakal berakhir hujung musim ini.

Pelumba Jerman itu dijangka akan terus menjadi pesaing utama rakan sepasukannya Lewis Hamilton dalam tempoh dua tahun akan datang sehingga 2018.

Dengan kontrak baharu itu, ia sekaligus menutup laporan sebelum ini yang mengatakan Rosberg kemungkinan besar akan berpindah ke pasukan lain.

Namun Mercedes telah mengambil langkah bijak dengan mengikat dua pelumba utamanya itu malah yakin mereka mempunyai pasangan terbaik dalam perlumbaan Formula Satu selepas kedua-duanya menguasai kedudukan pertama dan kedua pada aksi sebelum ini.

"Sudah tentu kamu perlu berhati-hati kerana ia boleh mempengaruhi aksi sendiri," jelasnya mengenai tekanan isu kontrak yang bakal berakhir.

"Namun berdasarkan pengalaman, saya tahu bagaimana untuk berdepan dengan situasi ini dan Gerhard Berger yang menguruskan perkara tersebut, dan ianya tidak akan menghilangkan tumpuan saya di litar."

Rosberg yang mencatat tujuh kejayaan daripada 19 pusingan musim ini telah menggegarkan litar dan turut melakar empat kejuaraan aksi awal musim 2106.

Anak kepada bekas juara dunia 1982, Keke Rosberg itu dijangka akan meneruskan aksi cemerlangnya pada aksi GP Hungary minggu ini.

Sebagai rekod, Rosberg,31,tidak pernah mencatat kedudukan tiga terbaik di Hungary, sebaliknya Hamilton telah merakam empat kemenangan keseluruhannya.

Nico Rosbergs, Mercedes

Artikel Berikut

Artikel Lain