suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Dan Juan Mata Berdamai

JOSE Mourinho dilapor telah berdamai dengan Juan Mata dan mengakui pemain tengah berkenaan boleh terus bermain untuk Manchester United.

Mourinho telah menjual Mata kepada United dengan nilai £37.1 juta pada Januari 2014 selepas mereka berdua mengalami perselisihan faham, lapor Daily Mirror.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Portugal tu mendakwa dia tidak lagi mempunyai sebarang masalah dengan pemain berusia 28 tahun berkenaan seperti di Chelsea.

"Saya rasa sejak hari pertama lagi, segalanya telah jelas antara kami. Ada ruang untuknya.

"Dia seorang pemain berbakat tapi saya tidak berjanji kedudukan untuk sesiapa setakat ini.

"Saya tidak rasa dia ingin tinggalkan kelab ini. Dia akan kekal kerana masih ada ruang untuknya di sini," kata Mourinho.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ibrahimovic Sarung Jersi No 9

Artikel Lain