suria

Andre Gomes Sertai Barcelona

Andre Gomes.

BARCELONA berjaya mengikat kontrak dengan bintang Portugal, Andre Gomes dari Valencia.

Perkara itu diumumkan Barcelona menerusi satu kenyataan di laman web rasmi kelab La Liga tersebut.

"FC Barcelona dan Valencia CF mencapai persetujuan untuk membawa masuk Andre Gomes ke kelab Catalan ini.

"Gomes akan memuktamadkan perjanjian ini dan akan diperkenalkan kepada umum sebagai pemain baharu Barcelona pada minggu depan," demikian menurut kenyataan itu.

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain keempat dibawa masuk ke Nou Camp menjelang musim 2016/2017.

Barcelona telah membawa masuk pemain tengah Galician, Denis Suarez dan Samuel Umtiti serta Lucas Digne untuk memperkuat jentera serangan pasukan itu.

Kelab gergasi Sepanyol itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perpindahan tersebut tetapi Marca melaporkan Gomes akan menandatangani kontrak selama lima tahun dengan nilai perpindahan dianggarkan 50 juta euro.

Gomes masih mempunyai kontrak bersama Valencia sehingga 2020 dan pernah beraksi dalam 27 saingan La Liga untuk kelab itu pada musim 2015/2016.



Andre Gomes, Barcelona, Valencia

Artikel Sebelum

Ibrahimovic Sarung Jersi No 9

Artikel Lain