suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukma: Skuad Terengganu Sasar Dua Pingat Emas

KUALA NERUS: Skuad sepak takraw Terengganu yakin sasaran dua pingat emas mampu digapai dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak yang bakal membuka tirai kejohanannya Jumaat ini. 

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata sasaran berkenaan difokuskan kepada acara antara regu dan acara berpasukan.

"Kita yakin sasaran itu akan tercapai memandangkan perkembangan terkinipasukan Terengganu agak konsisten dan komitmen tinggi yang ditunjukkan kesemua pemain menerusi sesi latihan dan perlawanan persahabatan yang dilakukan.

"Semua pemain juga berada dalam keadaan siap sedia dari segi fizikal dan mental bagi mengharungi cabaran, sekaligus merealisasikan sasaran tersebut,"katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama pemain di sini pada Selasa malam.

Mohd Shapian berkata pada temasya sukma kali ini, PSTNT menyenaraikan 30 pemain untuk menggalas cabaran kontinjen Terengganu. -Bernama

Sukma, skuad Takraw Terengganu

Artikel Lain