suria

Suli Sanggup Berenang Satu Kilometer Kerana Messi

Suli sanggup berenang satu kilometer semata-mata ingin bertemu Messi (kanan).

SEORANG peminat setia Lionel Messi sanggup berenang satu kilometer semata-mata untuk bertemu bintang Barcelona itu yang sedang bercuti di dalam sebuah bot mewah di Ibiza.

Usaha gigih peminat yang bernama Suli dari Atletico Madrid berusia 24 tahun itu akhirnya berbaloi apabila Messi menjemput pemuda itu menaiki bot tersebut selama 20 minit.

Peluang tersebut digunakan Suli sebaik mungkin dan dianggap pengalaman manis seumur hidupnya dapat bergambar dan berborak dengan bintang dunia itu.

Tindakan Suli yang berani berenang meredah ombak itu tanpa menghiraukan keselamatan dirinya, malah dia turut membungkus telefon bimbitnya dengan menggunakan beg plastik semata-mata untuk mengambil gambar bersama Messi.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu sedar dengan kehadiran Suli dan Messi menjemputnya naik ke atas dek bot itu.

Namun malang bagi Suli, ketika mahu mengambil gambar bersama Messi, telefon bimbitnya hilang ketika berenang.

Bagaimana pun, Messi meminta salah seorang pekerja di atas bot itu mengambil gambar mereka berdua.Dan selepas itu, Messi  menghanatar gambar tersebut menerusi menerusi telefon bimbitnya.

"Telefon saya hilang tetapi saya dapat gambar bersama Messi.

"Dia dan keluarga sangat merendah diri dan baik hati. Malah memberitahu saya bahawa dia bukanlah seorang bintang terkenal," jelas Suli kepada majalah Mundo Deportivo.

Suli, Messi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain