suria

United Yakin Dapat Ikat Paul Pogba

MANCHESTER United yakin akan mengikat Paul Pogba dengan rekod perpindahan terbesar 100 juta pound dalam masa terdekat ini.

United dilapor menawarkan 86 juta pound dengan beberapa tawaran bonus termasuk jaringan gol, penampilan aksi serta kejayaaan trofi yang sekaligus bakal memecah rekod 85 juta pound yang diterima Tottenham dari Real Madrid pada tahun 2013.

Biarpun Juventus menegaskan Pogba tidak akan dijual, United tetap menaruh keyakinan pemain berusia 23 tahun itu akan kembali ke kelab yang ditinggalkan empat tahun lalu.

Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward tidak bersama skuad ketika jelajah awal musim ke China kerana bakal mengetuai perbincangan bersama Juventus.

Pogba dan ejennya, Mino Raiola difahamkan bakal menerima bonus sebanyak 20 peratus daripada yuran perpindahan kontrak akhir bersama Juventus.

Walaupun Raiola tidak meminta Pogba berpindah, Juventus mungkin memerlukan khidmatnya dalam memberi penjelasan terperinci kepada penyokong-penyokong kelab mengenai penjualan pemain tersebut.

Malah, United tidak akan berputus asa untuk mendapatkan Pogba.

Mereka sanggup membayar harga yang ditetapkan biarpun kontrak pemain ini bersama Juventus sehingga 2019.

Dan sekiranya perancangan tersebut berjalan lancar, Pogba bakal menjadi pemain baharu keempat skuad kendalian Jose Mourinho di Old Trafford.

Manchester United, Pogba, Juventus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala Malaysia 2016

Artikel Lain