suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Everton Intai Penjaga Gol Leicester City Schmeichel

EVERTON mengintai penjaga gol Leicester City Kasper Schmeichel bagi menggantikan Tim Howard yang meninggalkan posisi itu musim lalu.

Namun, ia sesuatu yang sukar buat The Toffees memandangkan kelab juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Leicester City bercadang untuk menawarkan kontrak baharu buat penjaga golnya itu dan meletakkan harga Schmeichel  hampir 20 juta pound.

Leicester juga sebelum ini telah mengikat beberapa muka baharu bagi misi mempertahankan gelaran juara termasuk membeli Nampalys Mendy serta Ron-Robert Zieler selepas menjual N'Golo Kante kepada Chelsea.

Everton yang dibimbing pengurus baharu Ronald Koeman, sebelum ini telah mengikat penjaga gol Denmark, Maarten Stekelenburg malah turut dikait untuk mendapatkan Tim Krul dari Newcastle United.




Koeman begitu bekerja keras di Goodison Park sebelum musim baharu tiba bagi memastikan skuadnya mampu bersaing lebih baik.

Dalam pada itu, Koeman juga dikatakan berminta untuk kembali bekerja dengan bekas pemain tengah di Southampton, Morgan Schneiderlin, namun pemain ini terlebih dahulu mahu melihat kariernya di Manchester United di bawah pengurus baharu Jose Mourinho.
Kaspel, Everton, Leicester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Derita Luke Shaw Berakhir

Artikel Lain