suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jesse Lingard Bincang Lanjutan Kontrak

BINTANG muda Manchester United, Jesse Lingard sedang melakukan perbincangan bagi memperbaharui kontraknya dan menerima gaji sebanyak £40,000 seminggu.

Pemain sayap berusia 23 tahun itu mendapat tawaran untuk melanjutkan kontrak selepas mempamerkan aksi memberangsangkan pada musim lalu.

Perbincangan itu diteruskan walaupun Louis Van Gaal dipecat kerana telah mendapat lampu hijau daripada Jose Mourinho yang ingin mengekalkan pemain berkenaan.

Lingard turut diminati oleh Tottenham, Everton dan West Ham yang mahukan khidmatnya.

Selain itu, pertahanan United, Marcos Rojo dijangka meninggalkan Old Trafford untuk menyertai kelab Sepanyol.

Villarreal telah membuat pertanyaan untuk mendapatkan pemain Argentina itu selepas dia curiga mengenai masa depannya apabila Mourinho dilantik sebagai jurulatih baru.

Manchester United

Artikel Lain