suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyerang Itali Sertai Kelab China

GRAZIANO Pelle meninggalkan Southampton untuk berhijrah ke kelab China, Shandong Luneng walaupun mendapat tawaran dari Chelsea dan Everton.

Penyerang Itali itu menjadi milik Shandong secara rasmi pada Isnin selepas urusan perpindahan bernilai £13 juta dimuktamadkan.

Difahamkan, Pelle akan menikmati pendapatan sebanyak £13.6 juta setahun di China untuk menjadikannya pemain bola sepak kelima yang menerima gaji tertinggi di dunia.

Perpindahan tersebut turut memberi keuntungan sebanyak £5 juta kepada Southampton kerana membelinya pada nilai £8 juta sahaja.

"Kelab Bola Sepak Southampton ingin mengucapkan terima kasih kepada Graziano di atas usahanya sepanjang berada di St Mary.

"Kami juga mengucapkan selamat maju jaya. Dia telah banyak membantu kami mencipta kemenangan demi kemenangan di sini," jelas kelab tersebut dalam kenyataan.


Itali, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain