suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Mahu Menangi Semua Piala

JOSE Mourinho menegaskan bahawa tidak akan berpuas hati selagi skuadnya tidak memenangi semua kejuaraan yang pernah dibawa ke Old Traffod.

Mourinho yang dilantik sebagai jurulatih United akan mengendali perlawanan persahabatan pertama ketika menentang Wigan di Old Trafford pada Sabtu ini.

Bekas jurulatih Chelsea itu berkata, dia bersemangat untuk memenangi kesemua kejuaraan yang pernah dimenangi United selepas dipilih sebagai pengendali kelab berkenaan.

"Saya faham, mereka mengharapkan banyak perkara daripada saya tetapi saya juga mengharapkan banyak perkara daripada mereka.

"Ia adalah episod baru di kelab ini. Bila kamu tukar jurulatih, ia bukan cerita sedih tapi episod baru akan bermula.

"Kami telah membawa muka baru, tetapi kami kekalkan juga muka lama. Tidak penting siapa muka baru atau atau siapa yang akan tinggalkan kelab ini kerana Man United adalah Man United, ia lebih besar daripada kami," jelasnya.

Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain