suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serena Raih Gelaran Wimbledon Ketujuh

BINTANG tenis Amerika Syarikat, Serena Williams menewaskan pemain Jerman, Angelique Kerber 7-5, 6-3 untuk merangkul kejuaraan Wimbledon ketujuh pada Sabtu.

Kejayaan Serena itu juga menyamai rekod Steffi Graf apabila memenangi sebanyak 22 gelaran Grand Slam sepanjang kariernya setakat ini.

Angelique Kerber
Serena, 34, sebelum ini terperangkap dengan rekod 21 gelaran Grand Slam sejak memenangi Wimbledon tahun lalu.

Empat kejohanan Grand Slam ialah Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Terbuka Amerika Syarikat dan Wimbledon.

Terdahulu Serena berhadapan tentangan sengit daripada Kerber sehingga perlawanan berakhir pada minit ke-81.

"Ia satu perasaan yang hebat untuk berada di sini. Angelique memberi pengalaman yang hebat untuk diri saya," kata Serena.

"Nombor 22 adalah hebat. Saya rasakan Centre Court seperti rumah," kata Kerber sambil menyifatkan bintang Amerika itu adalah seorang juara yang hebat.

"Serena...anda layak. Anda seorang juara yang hebat dan orang yang hebat. Kami bermain dengan baik.

"Ia adalah satu penghormatan untuk bermain di Centre Court dan perasaan yang hebat," kata Kerber. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain