suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jose Mourinho Tiba Untuk Mulakan Tugas Rasmi Sebagai Pengurus Man United

JOSE Mourinho telah memulakan hari pertamanya sebagai pengurus Manchester United secara rasmi bagi membawa kelab itu ke puncak bola sepak Inggeris.

Mourinho tiba di stesen Manchester Piccadilly sejurus selepas tengah malam Isnin, menjelang hari pertamanya di Old Trafford.

Dia mengumumkan ketibaannya melalui video pendek di Instagram, yang menunjukkan dia turun daripada kereta api dengan mesej 'Saya di sini/UNITED kita boleh.'

Bekas pemain Real Madrid dan pengurus Inter Milan ini yang dipecat oleh Chelsea pada Disember, dijangka akan mengadakan sidang akhbar pertamanya pada Selasa yang boleh ditonton di Sky Sports News HQ, selepas dilantik sebagai pengganti kepada Louis van Gaal pada Mei.

Dia juga telah memulakan tugasnya berhubung kemasukan pemain, dengan yang terkini membawa Eric Bailly dan Zlatan Ibrahimovic ke dalam skuadnya, begitu juga Henrikh Mkhitaryan dari Borussia Dortmund.

Artikel Lain