suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chris Smalling Pengsan Kerana Keracunan Makanan Ketika Bercuti Di Bali

CHRIS Smalling telah dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan, menurut kenyataan Manchester United.

Beberapa gambar telah muncul sejak semalam, menunjukkan Smalling berada di hospital Bali dengan lehernya dibalut.

Laporan mendakwa pemain pertahanan United dan England itu telah disengat oleh obor-obor ketika bermain luncur air.

Namun United telah mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan bahawa Smalling telah mengalami keracunan makanan dan menyebabkan dia pengsan pada Ahad.

"Manchester United boleh mengesahkan bahawa Chris Smalling mengalami keracunan makanan semasa percutiannya, menyebabkan dia pengsan pada Ahad," kata United.

"Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu dibawa ke hospital dan kini berada dalam keadaan baik.

"Smalling kini sedang bercuti di Bali selepas bermain bersama England di Euro 2016, sebelum melaporkan diri untuk latihan pra-musim akhir bulan ini.

"Smalling mengucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan mereka."

Jose Mourinho telah mula bekerja di United pada Isnin.


Smalling dijangka akan bekerjasama dengan pemain baharu Eric Bailly yang dibawa masuk dengan nilai £30 juta di bawah skuad pilihan Jose Mourinho.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain