suria

Jose Mourinho Tegaskan Wayne Rooney Tak Akan Jadi Pemain Tengah

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho tampil membuat keputusan mengenai posisi pemain Wayne Rooney.

Man United buat pertama kalinya secara rasmi memperkenalkan Mourinho di hadapan media.

Dalam sidang media pertama itu, Mourinho menceritakan mengenai rancangannya untuk Rooney.

Bekas pemain Real Madrid dan pengurus Inter Milan itu tidak akan meletakkan Rooney di posisi 6 atau pemain tengah.

Mourinho menjelaskan bahawa perkara itu disebabkan keupayaan Rooney untuk menjaringkan gol adalah nilai yang lebih kepada pasukannya.

"Dalam bola sepak ada banyak peranan. Terdapat banyak peranan di padang. Peranan yang paling sukar ialah seorang pemain yang boleh menjaringkan gol.

"Sesuatu yang wajar untuk pemain di usianya mengalami sedikit perubahan. Namun, satu perkara yang tidak boleh diubah ialah kemahuan untuk membolosi gawang lawan. 

"Dia mungkin bukan penyerang, bukan posisi nombor 9 lagi. Tetapi bagi saya, dia tidak akan menjadi posisi nombor 6," ujar Mourinho. - Mail Online

Wayne Rooney, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Keputusan Tenis Wimbledon

Artikel Lain