suria

Cantona Minat Kemudi England

Eric Cantona.

LEGENDA Manchester United, Eric Cantona menyatakan minat untuk menjadi pengurus baharu England selepas Roy Hodgson meletak jawatan.

Cantona mengumumkan pencalonannya dengan berjanji tidak akan mengkritik Wayne Rooney dan menamatkan sumpahan terhadap penjaga gol England.

Beliau turut berjanji untuk melantik Peter Schmeichel sebagai penolong pengurus dan Sir Alex Ferguson sebagai penasihat khas menerusi satu rakaman video berhubung pengumuman tersebut.

"Sebab itulah hari ini, saya mengumumkan untuk mencalonkan diri sendiri.

"Ini adalah janji saya:

"Saya, Eric Cantona, pengurus berpotensi England pada masa hadapan berjanji tidak akan kalah kepada negara kepulauan kecil di mana penjaga golnya adalah pengarah filem dan pembantu pengurusnya merupakan seorang doktor gigi.

"Saya, Eric Cantona, pengurus England pada masa hadapan, akan berdoa kepada Tuhan untuk menamatkan sumpahan terhadap penjaga gol bola sepak Inggeris.

"Saya pengurus England, akan meminta Harry Kane supaya tidak mengambil sepakan percuma atau sepakan sudut tetapi menanduk masuk bola," katanya.

Jadi sekarang, saya mencadangkan satu referendum dengan dua pilihan:

#CantoYES jika anda mahukan saya... #CantoNO jika atas sebab tertentu, anda tidak mahukan saya.

Masa depan saya dan anda terletak di tangan anda.

Eric Cantona, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain