suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jose Mourinho Janji Guna 'DNA Ferguson" Mantapkan Man United

JOSE Mourinho berjanji untuk menggunakan 'DNA Ferguson' bagi membawa semula semua kejayaan yang pernah dikecapi oleh Manchester United sebelum ini.

Jurulatih baru itu ingin membina sebuah pasukan yang mempunyai falsafah serangan sama yang digunakan Alex Ferguson ketika mengecapi pelbagai kejayaan di Old Trafford sebelum ini.

Bekas jurulatih Chelsea itu turut memberitahu hasratnya kepada pemain senior United seperti Wayne Rooney, Michael Carrick dan David De Gea.

Malah dia juga bertegas untuk memulihkan kerosakkan yang ditinggalkan oleh Louis van Gaal dalam tempoh terdekat.

Jurulatih berusia 53 tahun itu turut dilapor telah menghubungi kesemua pemain untuk meminta mereka membuktikan kemampuan jika ingin kekal di United.

Janji itu juga akan membuatkan penyokong United kembali menanti setiap perlawanan berbanding ketika skuad berkenaan dikendalikan oleh David Moyes dan Van Gaal - Daily Mirror.

Manchester United

Artikel Lain