suria

Djokovic Benam Mannarino, Mara Ke Pusingan Ketiga

Novak Djokovic.

PEMAIN No.1 dunia, Novak Djokovic melangkah ke pusingan ketiga selepas menundukkan Adrian Mannarino 6-4 6-3 7-6  pada kejohanan Wimbledon 2016, awal pagi Khamis.

Djokovic atau juara bertahan hanya mengambil masa lebih sejam untuk menjinakkan pemain ranking ke-55 dunia itu.

Mannarino cuba memberi tentangan sengit pada set ketiga tetapi Djokovic berjaya mematahkan serangan pemain Perancis itu.

Pemain kelahiran Serbia itu sebelum ini memenangi empat kejuaraan grand slam.

Malah Djokovic juga mensasarkan untuk menjadi pemain pertama sejak Rod Laver pada 1969 untuk memenangi empat kejuaraan utama pada satu musim.

"Saya amat berbangga kerana berpeluang untuk mencipta sejarah dalam sukan.

"Menyedari saya telah memenangi 30 permainan berturut-turut, ia sangat menyenangkan. Saya mahu cipta lebih banyak kejutan.

"Setiap rekod tunggal yang saya capai dalam beberapa tahun amat penting. Maka peluang yang datang seterusnya terus menyuntik semangat saya," katanya.
Wimbledon 2016, Novak Djokovic

Artikel Lain