suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lewandowski Mahu Sekat Impian Ronaldo

Lewandowski.

MARSEILLE: Penyerang Poland, Robert Lewandowski berazam untuk memusnahkan impian Cristiano Ronaldo merangkul kejuaraan apabila pasukan itu bertemu Portugal dalam pusingan suku akhir Euro 2016, awal pagi Jumaat.

Ronaldo ketika ini memerlukan hanya satu gol untuk menyamai rekod legenda Perancis, Michel Platini, sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Kejohanan Eropah dengan sembilan jaringan.

Bintang Real Madrid itu muncul pemain pertama menjaringkan gol dalam empat edisi Euro dan memecahkan rekod penampilan terbanyak di kejohanan itu.

Ronaldo, 31, dijangka mempunyai peluang lebih baik dalam kejohanan antarabangsa..

Jurulatih Portugal, Fernando Santos, berkata walaupun menjaringkan dua gol bagi membantu Portugal menewaskan Hungary untuk melepasi peringkat kumpulan, Ronaldo masih belum menyerlah di Perancis.

Sementara itu, Lewandowski masih belum menjaringkan gol dalam empat perlawanan tetapi kelihatan tenang dalam membantu Poland melangkah ke pusingan suku akhir selepas 34 tahun.

Jurulatih Poland, Adam Nawalka, menegaskan mereka adalah pasukan yang lebih baik dan fokus tidak akan tertumpu kepada Ronaldo semata-mata.

"Bola sepak adalah perlawanan berpasukan. Tiada pemain boleh tentukan keputusan perlawanan. Portugal mempunyai pemain hebat lain dalam pasukan dan kami perlu fokus terhadap mereka." katanya. 

Artikel Lain