suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Michy Batshuayi Lepasi Pemeriksaan Kesihatan Untuk Sertai Chelsea

CHELSEA bersetuju dengan perpindahan bernilai £33.2 juta untuk mendapatkan pemain Marseille iaitu Michy Batshuayi.

Penyerang Belgium berusia 23 tahun itu telah menjalani pemeriksaan perubatan dengan kakitangan  Chelsea di Bordeaux untuk menandatangani kontrak selama lima tahun.

Daily Mail melaporkan, Marseille telah bersetuju untuk menerima yuran perpindahan berkenaan pada Selasa petang selepas turut menerima tawaran daripada West Ham, Crystal Palace dan Tottenham.

Batshuayi yang akan mewakili Belgium untuk menentang Wales dalam saingan suku akhir Euro 2016 merupakan penyerang pantas dan mampu menggunakan kedua-dua belah kaki untuk membuat sepakan.

Dia juga disifatkan penyerang kelas pertama dan berkeyakinan tinggi.

Bagaimanapun kekurangan pemain ini, prestasinya mampu menurun secara mengejut dan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Malah dia sering membuat keputusan yang akan melemahkan rakan sepasukan lain.

Chelsea, Belgium

Artikel Lain