Ahmad Khawari Kekal Presiden SAM - Sukan | mStar

Ahmad Khawari Kekal Presiden SAM

Ahmad Khawari kekalkan jawatan presiden untuk penggal kelima berturut-turut.

PETALING JAYA: Hampir kesemua barisan kepimpinanPersatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mengekalkan jawatan masing-masing apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan bagi penggal 2016-2018 yang berlangsung di salah sebuah hotel, di sini, Sabtu.

Ketua Kakitangan Astro Arena, Ahmad Khawari Mohd Isa mengekalkan jawatan presiden untuk penggal kelima berturut-turut, diikuti Pengarang Sukan Kosmo, Asan Ahmad sebagai timbalan presiden.

Turut mengekalkan jawatan naib presiden ialah Norismadi Abdul Manap dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pengurus Foto Kumpulan Media Karangkraf, Izahar Atan.

Jawatan setiausaha kehormat terus disandang Ahmad Faisal Jamal dari RTM manakala Mohd Ali Majid dari Berita Harian kekal sebagai setiausaha kewangan SAM.

Sementara itu, Ketua Meja Sukan Bernama, Farhanah Azmi merupakan antara lima individu yang dipilih untuk mengisi jawatan ahli majlis (exco) menerusi pertandingan tujuh penjuru.

Lebih 70 ahli SAM menghadiri mesyuarat dwitahunan itu yang dirasmikan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo.

Sementara itu, Ahmad Khawari berkata SAM berdepan tugas mencabar pada tahun depan memandangkan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah kongres Persatuan Media Sukan Antarabangsa (AIPS) peringkat Asia selain Sukan SEA 2017.

BARISAN SAM 2016-2018:

Presiden: Ahmad Khawari Mohd Isa (Astro Arena)

Timbalan Presiden: Asan Ahmad (Kosmo)

Naib Presiden: Ismadi Abdul Manap (RTM)/Izahar Atan (Karangkraf)

Setiausaha Kehormat: Ahmad Faisal Jamal (RTM)

Setiausaha Kewangan: Mohd Ali Majid (Berita Harian)

Ahli Exco: FARHANAH AZMI (BERNAMA), Mohd Hafizal Hamad (Astro Arena), Hussin Said (Berita Harian), Arnaz Khairul (New Straits Times), Yu Nee Keong (Sin Chew Daily) -Bernama

Ahmad Khawari , SAM , Presiden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain