Wayne Rooney Ingin Akhiri Karier Di Man United

KETUA Pasukan Manchester United, Wayne Rooney mengakui ingin mengakhiri karier di kelab itu dan sedia melanjutkan kontraknya.

Bintang England berusia 30 tahun itu merupakan pemain yang menerima gaji tertinggi di United.

Rooney menandatangani kontrak baru selama lima tahun bersama United pada 2014 dan belum melanjutkan kontrak yang akan tamat pada 2019.

"Saya masih ada kontrak di United dan tidak akan menolak jika kelab ingin melanjutkannya, segalanya terpulang kepada kelab sendiri," kata Rooney kepada MUTV.

Rooney yang merupakan seorang penyerang telah diletakkan sebagai pemain tengah dalam kesebelasan utama England bagi saingan Euro.

Malah dia juga dilapor tidak akan menjadi pilihan Jose Mourinho sebagai penyerang utama di United pada musim baru ini.

Sebaliknya, tugas Rooney hanya sebagai pemain tengah yang akan memimpin skuad tersebut.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Leicester Tolak Bidaan Liverpool

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain