suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Luluskan Projek Rooney

KETUA pasukan England dan Manchester United, Wayne Rooney kini mempunyai sebab untuk merasa gembira menjadi anak didik Jose Mourinho.

Ini kerana, usaha Rooney sejak sekian lama untuk menganjurkan satu perlawanan amal telah dipersetujui oleh Mourinho.

Perlawanan amal untuk mengumpul sebanyak £5 juta bagi pertubuhan kanak-kanak berkenaan sebelum ini tidak dipersetujui oleh Louis Van Gaal ketika mentadbir United.

Bagaimanapun selepas beberapa hari dilantik pengendali baharu United, Mourinho terus memberi lampu hijau kepada Rooney untuk menganjurkan perlawanan berkenaan.

Perlawanan amal menentang Everton itu dijangka diadakan pada 3 Ogos - empat hari sebelum musim baru membuka tirainya.

Tindakan Mourinho itu juga dikatakan sebahagian daripada proses psikologi terhadap pemain untuk lebih bersemangat memulakan kempen musim depan.



Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain