suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Antonio Conte Mahu Radja Nainggolan Ke Chelsea

Radja Nainggolan

PENGENDALI Itali, Antonio Conte enggan menjawab sebarang soalan mengenai Chelsea sejak kebelakangan ini, namun dia tidak boleh melarikan diri apabila dikaitkan dengan Radja Nainggolan.

Ini kerana, ketika Conte dikatakan bertemu Roman Abramovich untuk membincangkan pemindahannya ke London, dia dikatakan turut mengenalpasti muka baharu yang akan dibawa.

Dailymail melaporkan, tidak cukup dengan itu, Conte dikatakan telah menemui Nainggolan di sebuah hotel di Rome pada Mei lalu untuk membincangkan pemindahan pemain tersebut ke Chelsea.

Bekas jurulatih Juventus tersebut bertemu Nainggolan secara rahsia ketika sedang mengetuai latihan skuad Itali.

Walaupun perkara itu dinafikan oleh Conte, namun Nainggolan telah mengakui dan memberitahu enggan berhijrah.

Malangnya, Roma bersedia menjual pemain tengah Belgium berusia 28 tahun itu dengan nilai pemindahan sebanyak £27 juta.

Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain