suria

Bapa Pemanah Negara Meninggal Dunia

Khairul Anuar Mohamad.

KEMAMAN: Bapa kepada pemanah Olimpik negara, Khairul Anuar Mohamad meninggal dunia akibat komplikasi hati ketika menerima rawatan di di Hospital Kemaman di sini ini Ahad.

Mohamad Said, 60, yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.30 pagi tadi, meninggalkan balu Kelsom Dollah, 53 dan lima orang cahaya mata.

Khairul Anuar berkata beliau sempat bersembang dengan arwah bapanya dan arwah berpesan supaya terus fokus dan berjaya pada temasya Sukan Olimpik Rio di Brazil, Ogos ini.

"Semalam (Sabtu) saya sempat menemani dan menjaga arwah sebaik sampai dari Kuala Lumpur malam tadi...namun masa menghembuskan nafas terakhirnya, saya tiada disisinya kerana balik berehat, " katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum pulang ke rumah awal pagi Ahad, saya sempat bersembang dan arwah berpesan walau apapun, saya perlu fokus serta jangan putus semangat untuk mendapatkan pingat, katanya.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Gajah, di sini, selepas solat Asar.

Khairul Anuar, anak keempat dari lima beradik itu, berkata beliau akan melakukan yang terbaik bagi memburu pingat pada Sukan Omplik Rio yang dijadual bermula di Rio de Janeiro, Brazil, dari 5 hingga 21 Ogos ini.

Beliau akan berlepas ke Turki pada Rabu ini bagi menjalani latihan dan persediaan ke Olimpik Rio. - BERNAMA


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain