suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jose Mourinho Mahu Rio Ferdinand Di Old Trafford

JOSE Mourinho menyenaraikan Rio Ferdinand sebagai antara barisan jurulatih baharu Manchester United bagi musim depan.

Jurulatih kelahiran Portugal itu diumumkan sebagai pengurus baru United bagi menggantikan Louis van Gaal pada minggu lalu.

Berikutan itu juga, bekas jurulatih Chelsea berkenaan didakwa akan membawa Rui Faria dan Silvino Louro ke Old Trafford sebagai pembantunya.

Mourinho mahukan Ferdinand sebagai barisan jurulatih yang akan melakukan rombakan dalam skuad United bagi musim depan.

Dakwaan itu menimbulkan keraguan mengenai kedudukan Ryan Giggs dalam pasukan gergasi England itu.

Mourinho akan bertemu Giggs selepas bekas pemain sayap United itu pulang daripada bercuti di Dubai.

Bagaimanapun Mourinho didakwa memerlukan legenda United yang mempunyai pengetahuan mengenai pasukan berkenaan untuk membina semula kegemilangan yang pernah dibawa Alex Ferguson.

Rekod Rio Ferdinand bersama Man United

Jumlah penampilan: 444

Jumlah gol: 8

Pencapaian:

Liga Perdana Inggeris Premier League (6): 2002–03, 2006–07, 2007–08, 2008–09, 2010–11, 2012–13

Piala Liga (3): 2005–06, 2008–09, 2009–10

Perisai Komuniti (6): 2003, 2007, 2008, 2010, 2011, 2013

Liga Juara-Juara Eropah: 2007–08

Piala Dunia Kelab Fifa (1): 2008

Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain