suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hamilton Juarai GP Monaco

MONACO: Juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton meraikan kemenangan pertama Formula Satu musim ini dalam Grand Prix Monaco di Litar Monte Carlo pada Ahad.

Tuan tetap menyebelahi pemandu Mercedes itu walaupun rakan sepasukannya dan pendahulu kejuaraan - Nico Rosberg terpaksa berpuas hati apabila hanya menduduki tempat ketujuh.

Rosberg ketinggalan 93.2 saat.

Sementara itu pemandu Australia daripada pasukan Red Bull yang menguasai petak pertama perlumbaan buat julung kali dalam kariernya mendapat tempat kedua dan Sergio Perez (Mexico) di tempat ketiga.

GP Monaco berlangsung dalam keadaan trek basah dan akibat hujan lebat.


Berikut keputusan GP Monaco yang berlangsung pada Ahad.

1. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:59:29.133

2. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull - TAG Heuer +00:07.252

3. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 00:13.825

4. Sebastian Vettel (Germany) Ferrari 00:15.846

5. Fernando Alonso (Spain) McLaren 01:25.076

6. Nico Huelkenberg (Germany) Force India - Mercedes 01:32.999

7. Nico Rosberg (Germany) Mercedes 01:33.290

8. Carlos Sainz Jr (Spain) Toro Rosso - Ferrari 1 pusingan

9. Jenson Button (Britain) McLaren 1 pusingan

10. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1 pusingan

11. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 1 pusingan

12. Esteban Gutierrez (Mexico) Haas - Ferrari 1 pusingan

13. Romain Grosjean (France) Haas - Ferrari 2 pusingan

14. Pascal Wehrlein (Germany) Manor - Mercedes 2 pusingan

15. Rio Haryanto (Indonesia) Manor - Mercedes 4 pusingan

GP Monaco, Lewis Hamilton

Artikel Sebelum

Artikel Lain