suria

Leicester Dapatkan Bekas Penjaga Gol Manchester United

Zieler ketika menyertai Man United pada 2005 bersama Alex Ferguson.

JUARA Liga Perdana Inggeris, Leicester semakin hampir untuk menandatangani penjaga gol baharu, Ron-Robert Zieler daripada kelab Jerman, Hannover 96.

Zieler, 27, memulakan kariernya di Manchester United sebelum pulang ke Jerman sebagai penjaga gol skuad Joachim Low yang menjuarai Piala Dunia pada 2014 walaupun berstatuskan pemain simpanan.

Pemain berkenaan akan meninggalkan Hannover dengan penebusan kontrak bernilai £2.6m juta.

Selain Leicester, kelab lain seperti Manchester City dan Everton antara yang mahukan khidmat Zieler.

Satu kenyataan yang dikeluarkan Hannover berkata," 'Ron-Robert Zieler telah memberitahu kami untuk menemui kelab juara Liga Perdana Inggeris, Leicester untuk berbincang mengenai kontraknya.

"Dia juga akan melengkapkan pemeriksaan perubatan di England."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain