Hodgson Akui Seluruh Dunia Kini Tumpukan Rashford - Sukan | mStar

Hodgson Akui Seluruh Dunia Kini Tumpukan Rashford

KETUA jurulatih England, Roy Hodgson mendedahkan kini seluruh dunia sedang memerhatikan Marcus Rashford yang bakal membuat penampilan sulung dalam aksi antarabangsa.

Pemain muda yang disenaraikan dalam skuad awal bagi persiapan Euro 2016 Jun ini, dijangka akan membarisi senarai utama dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Australia awal pagi Sabtu ini di Stadium of Light.

Rashford,18, menjadi sebutan musim ini selepas merakam lapan gol dalam 18 perlawanan sejak menyertai skuad Manchester United Februari lalu.

Menurut Hodgson, perlawanan ini begitu bermakna buat Rashford kerana semua orang akan menantikan aksinya.

"Saya, barisan jurulatih, semua pemain dan seluruh peminat bola sepak dunia akan melihatnya dan berkata, 'Kami yakin budak lelaki ini mempunyai sesuatu yang istimewa, mampukan dia menunjukkan sekali lagi kepada kami?'.

"Sudah tentu kami akan memberi peluang untuk dia melakukannya. Dia mempunyai kualiti yang menarik. 

"Saya benar-benar teruja untuk  melihatnya beraksi di peringkat antarabangsa.

"Saya tidak boleh ubah hakikat bahawa dia akan mencipta tajuk utama berita-berita sukan jika diberi peluang bermain," katanya.


Marcus Rashford , England , Roy Hodgson

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti