suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jaguar 'Pecah Rahsia' Pelantikan Mourinho Di Old Trafford

MUNGKIN terlalu teruja, penaja Manchester United Jaguar mengucapkan tahniah kepada Jose Mourinho sebelum kelab mengumumkan secara rasmi pelantikan pengurus baharu itu.

Jaguar memuat naik status di laman Twitter miliknya pada lewat Khamis malam: “Tahniah kepada Jose Mourinho di atas pelantikan @ManUtd. Dia akan sentiasa menjadi #TheFrozenOne kepada kita.”

Bagaimana pun status itu dipadamkan beberapa jam selepas itu.

Status tersebut dimuat naik selepas Mourinho dilaporkan sudah menandatangani kontrak bersama Man United lewat malam Khamis.

Bekas pengendali Chelsea itu, kelihatan bersahaja berjalan pulang ke rumahnya dengan memakai sut berjenama Hugo Boss selepas dikatakan bertemu dengan pihak kelab.

United dijangka akan membuat pengumuman rasmi mengenai pelantikan pengurus baharu mereka pada Jumaat dan seterusnya bermulalah tugas Mourinho membawa pemain-pemain pilihannya ke Old Trafford.

Jaguar, Manchester United, Jaguar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain