suria

Euro 2016: Bekas Pemain Kini Bergelar Jurulatih Terkenal

MENJELANG kejohanan Euro 2016 yang bakal membuka  tirai pada 10 Jun ini, tumpuan bukan sahaja kepada pemain-pemain, tetapi percaturan 24 pengurus yang bakal membawa negaranya menjulang trofi tersebut.

Sebelum ini, imbas kembali beberapa orang jurulatih yang sebelum ini bergelar pemain dan kini menggunakan pengalaman untuk menguruskan skuad negara masing-masing. Antaranya;

Kumpulan A

Perancis - Didier Deschamps




Deschamps menikmati zaman kegemilangannya sebai seorang pemain bersama beberapa buah kelab bermula di Nantes dengan 111 penampilan.

Dia meninggalkan Marseille pada tahun 1989 selepas men juarai Liga Perancis dan trofi Liga Juara-Juara.

Mula menguruskan skuad negara pada tahun 2012 dan membawa Perancis layak ke suku akhir pada Piala Dunia 2014 di Brazil.

Kumpulan B

England - Roy Hodgson




Hodgson bermula sebagai pemain kelab di Crystal Palace sebelum berhijrah ke beberapa buah kelab lain.

Pada tahun 1976 dia memulakan kariernya sebagai pengurus di Halmstads BK 1976 sebelum ke Malmo.

Dilantik menguruskan pasukan kebangsaan Switzerland pada tahun 1994 pada aksi Piala Dunia.

Kumpulan C

Jerman- Joachim Low



Low memulakan kerjaya sebagai pemain bersama kelab Jerman pada tahun 1978.

Dua tahun kemudian, dia menyertai Stuttgart namun kembali ke SC Freiburg pada tahun 1985.

Beberapa tahun kemudian Low mula bertukar karier kepada jurulatih dan mula menguruskan Jerman pada tahun 2006.

Kejayaan Low di peringkat Eropah tidak perlu dipertikai selepas menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga pada tahun 2008 dan 2012.

Kumpulan D

Sepanyol - Vicente del Bosque

  


Jurulatih berusia 65 tahun ini memulakan karier sebagai pemain bersama Plus Ultra sebelum menyertai Real Madrid 1968.  Del Bosque yang bermain di bahagian tengah merekodkan penampilan sebanyak 445 dan menjaringkan 25 gol.

Dia turut membantu kelabnya menjuarai La Liga sebanyak lima kali dan Copa del Rey, empat kali.

Del Bosque mula menguruskan skuad Sepanyol pada thaun 2008 dan mula mencipta kejayaan pada Piala Dunia 2010 dan juara Euro 2012.
Pengurus Eur0 2016, bekas pemain

Artikel Lain