suria

Ancelotti Yakin Ibrahimovic Bakal Ke Manchester United

BEKAS jurulatih Chelsea, Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) Carlo Ancelotti mendedahkan Zlantan Ibramovic mungkin menyertai Manchester United musim depan.

Pemain antarabangsa Sweden itu telah merekodkan beberapa orang pengurus sepanjang kariernya bersama PSG termasuk Jose Mourinho dan Pep Guardiola.

Menurut Ancelotti, Zlatan merupakan seorang pemain yang mempunyai semangat yang tinggi.

Jelasnya, satu ketika dulu, Ibra menegur seorang pemain muda yang tidak memberi komitmen ketika sesi latihan bersama.




"Sebaik sahaja latihan tamat, dia memang pemain muda itu dan bekata 'sekarang kamu boleh balik dan menulis dalam diari kamu bahawa hari ini berlatih dengan Zlatan, kerana ia mungkin perkara terakhir bagi kamu'," ujar Ancelotti.

"Dia bukan seorang yang diplomatik, tetapi dia adalah pemenang. Masalah besar yang saya hadapi dengannya adalah ketika latihan.

"Ini kerana, dia tidak mahu kalah...tidak pernah kalah. Dia selalu bersaing, sentiasa seratus peratus. Malah dia seorang yang berterus-terang.

"Jika dia tidak menyukai sesuatu, dia akan terus bersuara. Dengan pemain muda, caranya itu mungkin terlalu keras. Jadi saya memberitahu agar dia perlu menjaga pemain-pemain muda ini kerana dia adalah contoh kepada mereka.

"Dia tidak pernah ada perasaan takut untuk kepada sesiapa, termasuk saya. Pernah sekali ketika kami bercakap mengenai Hernan Crespo dan dia memberi pendapat ' Ya, dia adalah seorang penyerang, tetapi dia tidak boleh membuat sebarang perubahan. Hanya tiga orang sahaja yang boleh membuat perubahan, Ibrahimovic, Messi dan Ronaldo.'

"Dia adalah seorang pemain yang tidak mementingkan diri sendiri. Malah seorang pemain yang sangat berharga dalam sesebuah pasukan," tambah Ancelotti.

Ibramovic antara pemain yang menjadi perhatian bakal pengurus baharu Manchester United, Mourinho musim depan.


Rekod jaringan Ibrahimovic:


Malmo: 47 penampilan, 18 gol

Ajax: 110 penampilan  48 gol

Juventus: 92 penampilan, 26 gol

Inter Milan: 117 penampilan, 66 gol

Barcelona: 46 penampilan, 22 gol

AC Milan: 85 penampilan, 56 gol

PSG: 180 penampilan, 156 gol 


Artikel Lain