suria

Dunia Bola Sepak Menunggu Pelantikan Jose Mourinho

PENGUMUMAN Jose Mourinho sebagai ketua jurulatih Manchester United merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak di seluruh dunia ketika ini.

Bukan setakat itu, tertapi ia juga dinanti-natikan oleh barisan jurulatih dan pemain bertaraf bintang dari seluruh dunia selepas United memecat Louis Van Gaal pada Isnin.

Walaupun United tidak terlibat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan namun, pelantikan itu bakal memberi kesan kepada skuad berkenaan dari seluruh sudut termasuk pendapatan kelab dan kehadiran pemain bertaraf bintang.

Bagi pengkritik, mereka melihat akan berlaku pertembungan dua jurulatih terbaik dunia iaitu Mourinho dan Pep Guardiola yang akan memimpin Manchester City.

Ini kerana kedua-dua jurulatih tersebut mempunyai kejayaan yang hampir seimbang ketika memimpin kelab gergasi dunia.

Kehadiran kedua-dua jurulatih itu bakal menarik pemain bertaraf bintang untuk berhimpun di Manchester dan menghangatkan permusuhan akibat perang bola sepak di bandar itu.

Ia juga sekaligus memberi amaran kepada pasukan lain dalam Liga Perdana Inggeris seperti Liverpool, Arsenal dan Chelsea untuk memantapkan pasukang masing-masing.

Bagaimanapun, pengkritik turut menunggu ketibaan Ketua Jurulatih Itali, Antonio Conte yang dilapor akan memimpin Chelsea selepas saingan Euro 2016.

Bekas pengendali Juventus antara itu jurulatih yang digeruni dan mampu menjadi saingan Liga Perdana Inggeris lebih sengit.

Begitupun nasib Arsenal tidak boleh diragui kerana kelab itu dipimpin oleh jurulatih yang lebih mengetahui 'asam garam' Liga Perdana Inggeris iaitu Arsene Wenger.



 

Artikel Berikut

Artikel Lain