suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ryan Giggs Bakal Tinggalkan Man United Selepas 29 Tahun Berkhidmat

MANCHESTER United dijangka mengumumkan bahawa Ryan Giggs akan meninggalkan kelab itu selepas 29 tahun berkhidmat.

Selepas Van Gaal dan beberapa staf lain dipecat pada Isnin, Giggs dilapor berkata, dia tidak mempunyai pilihan untuk mengikuti jejak langkah Van Gaal.

United sebelum ini merancang untuk memberi laluan kepada Giggs mengendali kelab itu selepas kontrak Van Gaal tamat pada musim depan, namun kelab itu bertindak untuk melantik Jose Mourinho.

Mirror melaporkan, Giggs turut ditawarkan kontrak baharu untuk menjadi penolong jurulatih Mourinho namun dia seakan ingin berhijrah.

Giggs dikatakan perlu meninggalkan United untuk memberi peluang kepada dirinya membimbing kelab lain dan mencari pengalaman sebaik mungkin.

Itu juga antara nasihat rakan supasukan Giggs dari Kelas 92 kerana mereka percaya bekas pemain sayap itu mampu berdikari dan bebas membentuk sebuah pasukan.









Artikel Sebelum

Lima Sebab Van Gaal Dipecat

Artikel Lain