suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wee Wern Ketuai Cabaran Ke Pusingan Kelayakan Akhir Terbuka HKFC

Low Wee Wern

KUALA LUMPUR: Pemain ranking ke-42 dunia, Low Wee Wern mengetuai cabaran pemain Malaysia mara ke pusingan kelayakan akhir selepas melepasi aksi kelayakan pertama Kejohanan Skuasy Terbuka Antarabangsa Kelab Bola Sepak Hong Kong (HKFC) yang berlangsung di HKFC pada Isnin.

Wee Wern hanya mengambil masa 22 minit untuk mengetepikan cabaran pemain Hong Kong, Tong Tsz-Wing dengan kemenangan 11-4, 12-10 dan 11-4 dalam kategori wanita, demikian menurut laman sesawang www.squashsite.co.uk.

Beliau akan berdepan Misaki Kobayashi esok, selepas pemain Jepun itu mengalahkan seorang lagi pemain Hong Kong, Tang Yan Yi 11-2, 11-1 dan 11-5 dalam satu lagi aksi pusingan kelayakan pertama.

Turut mara ke pusingan kelayakan akhir ialah Elvinn Keo yang menumpaskan  Darcy Evans dari Australia 11-5, 11-5 dan 11-9, manakala Ivan Yuen mengalahkan rakan senegara, Muhd Syafiq Kamal 11-6, 11-1 dan 11-6 dalam kategori lelaki.

Seorang lagi pemain Malaysia, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar, dalam pada itu, terpaksa akur walaupun menampilkan cabaran sengit apabila tumpas kepada pemain tuan rumah, Tsz Kwan Lau 11-7, 11-3, 10-21, 9-12 dan 3-11 dalam aksi yang berlangsung selama 62 minit.

Dua pemain Malaysia - Muhd Nafiizwan Adnan dan Delia Arnold - yang mendapat 'bye' dalam pusingan kelayakan akan memulakan kempen mereka pada Rabu.

Pemain berpangkalan di Manchester, Nafiizwan Adnan, yang juga pilihan ketiga kejohanan, akan berdepan pemain India, Mahesh Mangaonkar dalam kategori lelaki manakala Delia akan bertemu pemain yang melepasi aksi kelayakan dalam kategori wanita.

Skuasy, HKFC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain