suria

"Semuanya Telah Berakhir" - Van Gaal

Louis van Gaal
LOUIS van Gaal mengakui tugasnya sebagai pengurus Manchester United telah berakhir.

Jose Mourinho akan menggantikan Van Gaal minggu depan walaupun United menang ke atas Crystal Palace dalam perlawanan akhir Piala FA Inggeris, awal pagi Ahad, lapor Express Sport.

Pengursus dari Belanda itu yang mempunyai baki setahun dalam kontraknya, berjaya membawa United menang 2-1 pada masa tambahan ke atas Palace di Wembley untuk meraih satu kejuaraan sepanjang bersama kelab itu.

Van Gaal telah meninggalkan hotel di London pada pagi Ahad dan disambut oleh para penyokong yang menunggu.


Ketika ditanya oleh seorang wartawan untuk mendapatkan komen, Van Gaal menolak dan berkata: "Adakah saya mempunyai apa-apa lagi untuk dikatakan? Tidak, tidak ianya telah berakhir."

Sementara itu Mourinho juga enggan mengulas mengenai tugasnya ketika ditanya di malam tadi.

United dijangka akan mengumumkan pemecatan Van Gaal esok dan akan mengumumkan Mourinho sebagai pengurus secara rasmi pada Selasa.
Louis van Gaal, Jose Mourinho

Artikel Lain